Image Slider

Hubungi SMA MAIWPL Cemerlang Fokus Cergas Berilmu Cekap

Friday 22 March 2013

SELAMAT BERCUTI !

Posted by Unknown at 03:04 0 comments


Pihak Pengurusan SMA MAIWPL mengucapkan "Selamat Bercuti Sekolah" pada semua warga pelajar dan pendidik SMA MAIWPL. Manfaatkanlah masa cuti dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Kepada pelajar SMA MAIWPL, jangan abaikan pelajaran pada masa cuti ini.Selamat Bercuti!

LATIHAN AMALI KEBAKARAN SMA MAIWPL SIRI 1/2013

Posted by Unknown at 02:50 0 comments

Satu latihan amali kebakaran telah diadakan di SMA MAIWPL pada 22 Mac 2013 pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Semua pelajar, guru-guru dan pengurusan  SMA MAIWPL  terlibat di dalam latihan  amali kebakaran ini. Program ini mendapat kerjasama daripada beberapa anggota bomba daripada Balai Bomba Layang-Layangan, Labuan.


Semua pelajar SMA MAIWPL telah berjaya didedahkan dengan pelan tindakan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran di luar kawalan.

KEHADIRAN WARGA BARU SMA MAIWPL 2013

Posted by Unknown at 02:42 0 comments


Selamat datang kepada warga baru SMA MAIWPL 2013. Harapan warga SMA MAIWPL agar kerjasama dan jalinan ukhwah kita berterusan. Tahniah kepada guru-guru dan kakitangan baru. Kehadiran anda bakal mengubah landskap suasana SMA MAIWPL ke arah kejayaan yang lebih cemerlang. Guru-guru dan kakitangan sokongan ini telah melaporkan diri di SMA MAIWPL pada 18 Mac 2013.

Kesedihan Melanda Warga SMA MAIWPL

Posted by Unknown at 01:52 0 comments

SMA MAIWPL bakal kehilangan permata beharga. Seorang guru bernama Anizan bin Mohd Haris (DG 41) bakal meninggalkan SMA MAIWPL. Kehilangan ini amat dirasai oleh semua warga SMA MAIWPL. Guru ini melangkah dari SMA MAIWPL kerana ingin menyambung pelajaran beliau di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Semoga ikatan kekeluargaan dan ukhwah  SMA MAIWPL yang disemai selama ini menjadi kenangan beharga kepada guru ini. Selamat berjaya untuk anda. Kenang lah kami dalam doa mu! Bagi  kami di sini, anda merupakan antara pejuang-pejuang utama SMA MAIWPL. Nama mu tetap terpahat di dalam memori SMA MAIWPL.

PENUTUPAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN SMA MAIWPL 2013

Posted by Unknown at 01:42 0 comments

Penutupan  Majlis Tilawah Al-Quran SMA MAIWPL 2013 telah diadakan pada 22 Mac 2013. Penutupan ini dirasmikan oleh Pengetua, SMA MAIWPL. Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk mengcungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan bagi mewakili SMA MAIWPL di peringkat yang lebih tinggi. Secara keseluruhannya program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Bakat-bakat baru turut ditemui. Insya-Allah tunas-tunas harapan ini bakal menggegar semua sekolah-sekolah menengah di Labuan. 

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMA MAIWPL 2012

Posted by Unknown at 01:29 0 comments

Ayuh buktikan SMA MAIWPL juga mampu melakarkan kejayaan!


Tahniah & syabas kepada penerima anugerah-anugerah kecemerlangan akademik & azhari tahun 2012. Anda sememangnya hebat. Kejayaan tidak datang dengan keadaan bergolek tanpa ada sebarang usaha yang menakjubkan. Kejayaan ini merupakan kejayaan  permulaan dan wajar diteruskan pada masa-masa mendatang agar SMA MAIWPL dapat bersaing secara sihat dengan sekolah-sekolah yang hebat dan ternama di Malaysia. Insya-Allah.

SMA MAIWPL FC VS REMAJA KG.POHON BATU FC

Posted by Unknown at 01:21 0 comments

Satu perlawanan persahabatan bolasepak  telah diadakan pada 16 Mac 2013 di Padang Majal, Kg. Pohon Batu. Perlawanan ini telah membuktikan bahawa pemain bolasepak SMA MAIWPL FC mempunyai potensi dan mampu mencabar sekolah-sekolah lain di sekitar Labuan. Perlawanan ini telah dimenangi oleh SMA MAIWPL dengan kemenangan 6-1 keatas Remaja Kg. Pohon Batu FC.  Kemenangan ini perlu diteruskan lagi.....Ayuh SMA MAIWPL FC buktikan!

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat W.P Labuan 2013

Posted by Unknown at 01:13 0 comments

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 16 Mac 2013 bertempat di Masjid Negeri  An-Nur, Labuan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan Y.B Datuk Hj. Yussof bin Hj Mahal. Semua pelajar SMA MAIWPL mengikuti majlis ini yang bermula  jam 8.00 pagi  hingga jam 1.00 tengahari. Program ini berjalan dengan penuh kemeriahan.

Perasmian Pemakaian Sampin Baru SMA MAIWPL

Posted by Unknown at 01:02 0 comments
Semua pelajar Putera SMA MAIWPL  telah memakai sampin baru. Perasmian pemakaian sampin ini telah diadakan pada 15 Mac 2013 secara ringkas. Manakala permakaian kain songket pelajar Puteri akan dikuatkuasakan pada 1 April 2013 ini.

Pemeriksaan Pergigian SMA MAIWPL 2013

Posted by Unknown at 00:55 0 comments

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan telah hadir ke SMA MAIWPL pada 7 hingga 13 Mac 2013 bagi melakukan pemeriksaan gigi kepada semua pelajar SMA MAIWPL. Pada tahun 2012, rekod pergigian Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan ranking SMA MAIWPL merupakan 3 buah sekolah yang terbaik di Wilayah Persekutuan Labuan kerana kurangnya berlaku permasalahan gigi.....Tahun 2013... Insya-Allah pasti akan meningkat top 1!

Monday 11 March 2013

Majlis Tilawah Al-Quran SMA MAIWPL 2O013

Posted by Unknown at 02:15 0 comments

MTQ SMA MAIWPL 2013 telah berlansung di Dewan Utama, SMA MAIWPL pada 4 hingga 5 Mac 2013. Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah seperti Tilawah Musabaqah Al-Quran, Ayat Hafazan, Dendangan Azan dan Syarahan Agama. Saingan amat-amat sengit.. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadian MTQ ini akan diadakan pada 22 Mac ini. Tahniah kepada yang berjaya!!! Yang tidak berjaya, anda perlu mencuba lagi pada masa  akan datang.

AURA MAGIKAL UMMAH

Posted by Unknown at 02:01 0 comments

Semua pelajar SMA MAIWPL telah dijemput khas oleh pihak Pengurusan Kolej Matrikulasi Labuan (KML) untuk mengikuti Program Aura Magikal Ummah yang berlangsung dengan meriahnya pada 3 Mac 2013 yang lalu. Program tersebut dihadiri oleh Pengetua  dan beberapa orang guru serta kakitangan SMA MAIWPL. Kehangatan program tersebut teserlah dengan kehadiran Imam Muda Najdi (Siri Kedua), Mr Bee (You Tube) dan  Haris Fitri (bekas vokalis kumpulan Nasyid U.N.I.C). Program tersebut juga telah mengumumkan bahawa SMA MAIWPL berjaya menjuarai Kejohanan Bola Jaring Peringkat Sekolah- Sekolah Menengah di Labuan dan menggondol tempat Ke-3 Kejohanan Bola Jaring Kolej Terbuka Matrikulasi Labuan. Tahniah dan syabas kepada semua pemain bola jaring SMA MAIWPL.
 

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan Copyright © 2013 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts