Monday, 25 February 2013
Program Bantuan Persekolahan & Penyerahan Laptop 1 Malaysia SMA MAIWPL 2013
Kenangan bersama Y.B Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan bagi penyempurnaan Program Bantuan Persekolahan & Penyerahan Laptop 1 Malaysia.
Skuad Bomba SMA MAIWPL Siap Sedia!
Pelatih Skuad Bomba SMA MAIWPL sedang giat memperlengkapkan persiapan bagi menghadapi Perkhemahan Perdana Kadet Bomba peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada pertengahan Mac ini.
Puteri SMA MAIWPL bersedia untuk perbarisan ini..... Ayuh!Buktikan warga SMA MAIWPL kita mampu mengapai kejayaan
Friday, 22 February 2013
KEMPEN BUMI HIJAU SMA MAIWPL SIRI 1/2013
Program ini telah berjaya dilaksanakan dan berjaya menarik minat pelajar-pelajar SMA MAIWPL untuk berbudi pada tanah.
Tahniah kepada semua guru dan pelajar SMA MAIWPL kerana berjaya menjayakan program ini dengan cemerlang.
Wednesday, 20 February 2013
SMA-MAIWP 2011/2012
SMA MAIWP LABUAN, adalah satu-satu sekolah menengah agama (asrama penuh) yang bertapak di Labuan, lokasinya terletak di Kampung Lubok Temiang. Sekolah ini berorentasikan subjek Akademik/Azha'ari, dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (MAIWP). "Berilmu Beramal" adalah merupakan moto bagi sekolah yang telah beroperasi selama 3 tahun ini.
Sepanjang 3 tahun beroperasi pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan.
- Suasana Pagi di SMA-MAIWPL
Bacaan Doa oleh wakil pelajar (Pengawas Bertugas)
Laungan zikir Asmaul Husna
- Suasana di dalam kelas
- Ko-Kurikulum dijalankan setiap hari rabu seperti sekolah harian biasa
- Aktiviti bersukan tidak dilupakan =)
- Aktiviti bersama PIBG juga ada diadakan bagi mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan para ibubapa pelajar. Seperti Program Bubur Lambuk Perdana bersama PIBG sekolah SMA-MAIWPL
- Sambutan Nuzul Quran yang diadakan setiap kali Ramadhan datang menyapa, aktiviti yang di lakukan berbuka puasa bersama guru-guru dan pelajar, selain melakukan solat Terawih berjemaah.
- Program Qiamulail juga turut diadakan di asrama
- Pemeriksaan Pergigian juga tidak dilupakan seperti mana yang dilakukan di sekolah-sekolah aliran perdana
- Sambutan Hari Guru juga diadakan, yang dikendalikan oleh Badan Pengawas SMA-MAIWPL bagi mengenang jasa guru-guru yang mendidik mereka
Categories
Berita
Subscribe to:
Posts (Atom)