Image Slider

Hubungi SMA MAIWPL Cemerlang Fokus Cergas Berilmu Cekap

Monday, 27 May 2013

LUKISAN KREATIF MURAL DINDING

Posted by SMA MAIWPL at 23:58 0 comments

Pelajar-pelajar SMA MAIWPL telah membuktikan mereka mempunyai bakat lukisan dinding yang terbaik. Pada 18 Mei 2013 bakat tersebut telah dibuktikan dengan semua pelajar SMA MAIWPL telah berjaya menyiapkan lukisan mural di bahgain-bahagian tertentu di Bangunan SMA MAIWPL.


Antara coretan lukisan mural dinding hasil idea kreatif pelajar-pelajar SMA MAIWPL.

Pelajar Persatuan Sains dan Matematik sedang berusaha
 menghasilkan imej yang menarik di ruang tangga.

Para pelajar Kelab kembara,
sedang khusyuk melukis di dinding Dewan Utama SMA MAIWPL.
Antara hasil lukisan tangan pelajar SMA MAIWPL.

Cikgu Khairul Amree sedang memberi sedikit idea, kepada pelajar Kelab Komputer
bagi menghasilkan lukisan yang menarik.










Hari Sukaneka Asrama Putera (ASPURA) & Asrama Puteri (ASPURI) SMA MAIWPL

Posted by SMA MAIWPL at 23:12 0 comments

Jawatankuasa Pengurusan Asrama SMA MAIWPL telah menganjurkan Hari Sukaneka ASPURA & ASPURI SMA MAIWPL 2013 pada 1 Mei 2013 bertempat di Taman Damai, Pantai Layang-Layangan, Labuan.


Semua pelajar ASPURA & ASPURI  telah mengambil bahagian dalam Hari Sukaneka ini. Program ini turut dijayakan oleh beberapa orang guru dan kakitangan SMA MAIWPL.


Program Hari Sukaneka ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Jawatankuasa Khas Pelajar Asrama sendiri. Banyak acara telah dipertandingkan.


Antara acaranya yang dipertandingkan seperti lari berpasangan ikat kaki, terompah gergasi, pancing botol, bowling buah kelapa, makan sandwich,  mereka pakaian kreatif, tiupan belon, mencari gula dalam tepung, balingan selamatkan telur dan acara straw & getah.


Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah bertujuan mengeratkan semangat kerjasama dan jalinan ukhwah persaudaraan antara pelajar-pelajar SMA MAIWPL. Seterusnya memupuk semangat berdikasi dan cara kehidupan bersosial yang sebenar selaras dengan tuntutan agama.

                          

Di akhir program ini semua peserta yang berjaya telah diberi hadiah berbentuk hamper. Hadiah ini disampaikan oleh Warden ASPURA, Guru Penolong Kanan (Kokurikulum) dan Pengetua. Program penutupan telah dirasmikan oleh Pengetua SMA MAIWPL.


Warna Warni Hari Sukaneka ASPURA & ASPURI SMA MAIWPL 2013

aktiviti dimulakan dengan senamrobik pagi

salah seorang ahli kumpulan sedang meniup belon sehingga pecah
 di hadapan ajk
Peserta pertandingan Ratu Surat Khabar, sedang berjalan mengayakan
fesyen yang mereka gayakan.

Salah satu ahli kumpulan yang melakukan baling kelapa
bagi pertandingan boling padang.

Para peserta perempuan bersedia untuk memancing botol yang telah disediakan


para peserta sedang bertungkus lumus dalam acara "Terompah Gergasi"

Para pelajar sedang berjalan seiring sambil kaki diikat
ke garisan penamat.

Acara pijak belon dikalangan wakil kumpulan lelaki

Acara yang terakhir, adalah acara pijak belon, antara wakil perempuan

Sesi penyampaian hadian, untuk semua kumpulan










Wednesday, 15 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013

Posted by SMA MAIWPL at 23:25 0 comments

Pihak Pengurusan SMA MAIWPL mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SMA MAIWPL. Jadilah seorang Murabbi yang dapat mendidik jiwa pelajar-pelajar SMA MAIWPL dengan penuh  penghayatan dan  pengamalan dalam aplikasi ilmu. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.... Selamat Hari Guru kembali!

                                                       ~ Pengetua, SMA MAIWPL ~

Sunday, 12 May 2013

SMA MAIWPL MENJUARAI MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Posted by SMA MAIWPL at 23:47 0 comments

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 30 April 2013 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan. Program ini telah dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan. Objektif utama program ini diwujudkan adalah untuk mencari calon-calon yang berkelayakkan bagi mewakili W.P Labuan di  Majlis Tadarus Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan nanti.




Ini merupakan tahun kedua SMA MAIWPL menyertai program ini. SMA MAIWPL menyertai dalam semua acara yang dipertandingkan. SMA MAIWPL telah mendapat tempat pertama (Johan) dalam 4 acara daripada 6 acara yang dipertandingkan. Antara acara yang di menangi oleh SMA MAIWPL seperti berikut; 

Johan Tilawah Al-Quran (Lelaki)
Johan Tilawah Al-Quran (Perempuan)
Johan Hafazan (Lelaki)
Johan Hafazan (Perempuan)




SMA MAIWPL turut melakar sejarah baru dengan menjadi JOHAN Keseluruhan Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Labuan pada kali ini. 4 pelajar SMA MAIWPL juga turut terpilih untuk mewakili W.P Labuan di peringkat Kebangsaan nanti. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua peserta SMA MAIWPL.
 

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan Copyright © 2013 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts