SMA MAIWP LABUAN, adalah satu-satu sekolah menengah agama (asrama penuh) yang bertapak di Labuan, lokasinya terletak di Kampung Lubok Temiang. Sekolah ini berorentasikan subjek Akademik/Azha'ari, dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (MAIWP). "Berilmu Beramal" adalah merupakan moto bagi sekolah yang telah beroperasi selama 3 tahun ini.
Sepanjang 3 tahun beroperasi pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan.
- Suasana Pagi di SMA-MAIWPL
Bacaan Doa oleh wakil pelajar (Pengawas Bertugas)
Laungan zikir Asmaul Husna
- Suasana di dalam kelas
- Ko-Kurikulum dijalankan setiap hari rabu seperti sekolah harian biasa
- Aktiviti bersukan tidak dilupakan =)
- Aktiviti bersama PIBG juga ada diadakan bagi mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan para ibubapa pelajar. Seperti Program Bubur Lambuk Perdana bersama PIBG sekolah SMA-MAIWPL
- Sambutan Nuzul Quran yang diadakan setiap kali Ramadhan datang menyapa, aktiviti yang di lakukan berbuka puasa bersama guru-guru dan pelajar, selain melakukan solat Terawih berjemaah.
- Program Qiamulail juga turut diadakan di asrama
- Pemeriksaan Pergigian juga tidak dilupakan seperti mana yang dilakukan di sekolah-sekolah aliran perdana
- Sambutan Hari Guru juga diadakan, yang dikendalikan oleh Badan Pengawas SMA-MAIWPL bagi mengenang jasa guru-guru yang mendidik mereka
0 comments:
Post a Comment