Image Slider

Hubungi SMA MAIWPL Cemerlang Fokus Cergas Berilmu Cekap

Thursday, 18 April 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLASEPAK SKUAD STUDENT'S SMA MAIWPL FC VS SKUAD STUDENT'S SMK LAJAU FC

Posted by SMA MAIWPL at 02:09 0 comments

Tahniah kepada Skuad Bolasepak Student's SMA MAIWPL  FC kerana telah berjaya mengalahkan Skuad Bolasepak Student's SMK Lajau FC dengan keputusan 5-0. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat juang anda untuk menghadapi perlawanan-perlawanan persahabatan yang mendatang. Syabas! Anda semua hebat!
















PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLASEPAK SKUAD GURU/KAKITANGAN SMA MAIWPL FC VS SKUAD GURU/KAKITANGAN SMK LAJAU FC

Posted by SMA MAIWPL at 02:02 0 comments

SMA MAIWPL telah menyertai Perlawanan Persahabatan antara Guru-Guru/Kakitangan SMA MAIWPL  FC menentang Guru-Guru/Kakitangan SMK Lajau FC pada 14 April 2013 yang bertempat di padang Utama SMK Lajau.  Perlawanan ini merupakan salah satu program yang berkonsepkan jalinan ukhwah melalui sukan. Pengetua kedua-dua sekolah mengambil bahagian dalam perlawanan ini. Keputusan penuh perlawanan ini adalah seri 4-4. Ini membuktikan bahawa kemampuan warga pendidik SMA MAIWPL tetap berdiri dan duduk sama gah dengan sekolah-sekolah lain di Labuan. Tahniah kepada Skuad Bolasepak Guru-Guru/Kakitangan SMA MAIWPL  FC.


















PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING (SMA MAIWPL VS SMK LAJAU)

Posted by SMA MAIWPL at 01:51 0 comments

Skuad Bola Jaring  Pelajar SMA MAIWPL telah  memenangi Perlawanan Persahabatan Bola Jaring  yang telah diadakan pada 14 April 2013 bertempat di SMK Lajau. Keputusan ini amat membanggakan pihak SMA MAIWPL. Ayuh pastikan kecemerlangan ini berterusan.


 Manakala Skuad Bola Jaring  Guru/Kakitangan SMA MAIWPL pula mendapat tentangan sengit daripada Skuad Bola Jaring Guru/Kakitangan SMK Lajau. Keputusan penuh 4-4. Tahniah...



















KEM IBADAH PERDANA SMA MAIWPL 2013 (PENGURUSAN JENAZAH)

Posted by SMA MAIWPL at 01:15 0 comments

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SMA MAIWPL telah mengadakan Kem Ibadah Perdana (Pengurusan Jenazah) kepada semua pelajar SMA MAIWPL pada 13 April 2013 bertempat di Masjid Kg. Layang-Layangan. Kursus ini disertai seramai 165 orang pelajar. Pengendalian kursus ini diketuai oleh Y.Bhg Ustaz Jamri bin Nayan dan Y.Bhg Puan Nurul Karimah bt Abdulllah.


Matlamat utama kem ini diadakan bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan pendedahan asas yang berguna kepada semua pelajar SMA MAIWPL agar mampu melaksanakan tuntutan Fardu Kifayah ini ketika diperlukan oleh masyarakat nanti. Kem ini merangkumi penerangan, taklimat, teori dan juga praktikal termasuk pembelajaran solat jenazah lelaki dan wanita. Objektif kem ini tercapai dengan jayanya.







Thursday, 11 April 2013

SMA MAIWPL MENJUARAI UJIAN AZAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Posted by SMA MAIWPL at 20:44 0 comments

Sekalung penghargaan tahniah dan syabas. SMA MAIWPL telah menggegarkan Sekolah-Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan Labuan sekali lagi, apabila di nobatkan Johan Kategori Ujian Azan Peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Labuan. Juara ini disandang oleh pelajar SMA MAIWPL bernama Alfaiz bin Dorsono (Pelajar Tingkatan 1 Al-Biruni). Pertandingan ini telah diadakan di S.K Bukit Kallam pada 11 April 2013 anjuran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan. Semoga kesinambungan kejayaan ini menjadi inspirasi kejayaan berterusan SMA MAIWPL.


PERKHEMATAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2013

Posted by SMA MAIWPL at 01:33 0 comments

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Labuan Kali Ke-15 pada 5 hingga 7 April 2013. Perkhemahan ini diadakan di tapak perkhemahan Kolej Matrikulasi Labuan. 8 buah sekolah menengah di sekitar Labuan turut menyertai perkhemahan ini. Jumlah peserta perkhemahan berjumlah 364 orang pelatih kadet bomba. Tujuan utama perkhemahan ini diadakan adalah bertujuan untuk memilih pelatih-pelatih terbaik Kadet Bomba untuk mewakili Wilayah Persekutuan Labuan diperingkat Perkemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.

SMA MAIWPL turut menghantar Pelatih Kadet Bomba seramai 49 orang dan diiringi 3 orang guru dan kakitangan SMA MAIWPL. Perkhemahan ini merupakan penyertaan pertama kali bagi SMA MAIWPL.
           
Pelbagai acara turut dipertandingkan antaranya pertandingan kuiz, simpulan ikatan, kawad kaki campuran, K.O Aspec Challengge, K.O Hos Berhalangan Kering, K.O Hos Berhalangan Basah, K.O Brain & Brawn, Malam Persembahan Kebudayaan serta Ikhtiar Hidup.
           

Daripada, 8 acara yang dipertandingkan, SMA MAIWPL telah merangkul 6 hadiah antaranya Pertandingan Kuiz, Kawad Operasi Aspec Challenge (Lelaki), Kawad Operasi Brain & Brawn (Perempuan) dan Malam Kebudayaan. Selain itu juga, pelatih kadet dan juga Guru Penasihat Kadet Bomba SMA MAIWPL menerima Anugerah Khas iaitu Anugerah Kadet Bomba Terbaik (Lelaki) dan Anugerah Guru  Penasihat Terbaik (Perempuan).


LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMA MAIWPL KE JABATAN PENYIARAN MALAYSIA LABUAN

Posted by SMA MAIWPL at 01:22 0 comments


         Kelab Kewartawanan SMA MAIWPL telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Jabatan Penyiaran Malaysia Labuan pada 4 April 2013. Seramai 50 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring terlibat dalam program lawatan ini.Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi maklumat dan pendedahan awal  dunia kewartawanan penyiaran kepada pelajar-pelajar SMA MAIWPL.  Semasa lawatan ini juga beberapa pelajar dan guru telah berkesempatan ke udara secara langsung dalam satu segmen khas siaran Radio Labuan FM selama 30 minit. Selain daripada itu, pelajar SMA MAIWPL juga diberi kesempatan untuk mendengar taklimat sejarah penubuhan dan tayangan video khas daripada Jabatan Penyiaran Malaysia Labuan.





PERTANDINGAN PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH LABUAN SEMPENA FESTIVAL BAHASA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Posted by SMA MAIWPL at 01:07 0 comments


SMA MAIWPL telah menghantar wakil seramai 5 orang pelajar bagi mengikuti Pertandingan Pesta Pantun Sekolah – Sekolah Menengah Labuan yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Labuan pada 4 hingga 6 April 2013. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan. Tujuan pertandingan ini diadakan bagi memilih pelajar-pelajar untuk mewakili Wilayah Persekutuan Labuan di Peringkat Kebangsaan nanti. Pertandingan ini juga merupakan pendedahan asas dan pengalaman yang amat beharga kepada wakil SMA MAIWPL untuk merebut peluang mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.





 

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan Copyright © 2013 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts