Image Slider

Hubungi SMA MAIWPL Cemerlang Fokus Cergas Berilmu Cekap

Monday 3 June 2013

WARNA WARNI SAMBUTAN HARI GURU 2013

Posted by Unknown at 19:17
      Badan Pengawas SMA MAIWPL telah mengadakan, sambutan Hari Guru peringkat SMA MAIWPL yang bertema "Murabbi Rabbani Insan Mithali". Dimulakan seawal 8.00 pagi dan berakhir tepat jam 1.00 petang, pelbagai persembahan dan anugerah yang telah dirancang semata-mata ingin melihat warga pendidik SMA yang selama ini telah banyak berkorban untuk mendidik pelajar tersenyum gembira.

        Tahniah dan ucapan berbanyak terima kasih atas kerjasama semua pelajar dan jawatankuasa pengelola sambutan hari guru peringkat sekolah. Diselitkan warna warni kemeriahan sambutan hari guru pada tahun ini.

Ketibaan Pengetua, guru-guru dan kakitangan SMA MAIWPL
di sambut dengan paluan kompang

Warga Pendidik SMA melafazkan Ikrar Hari Guru yang
diketuai oleh Cikgu Khairul Amree

Barisan guru-guru mendendangkan lagu "Guru Malaysia"

antara barisan pendidik yang bersama-sama di SMA
Ustazah Azean, Cikgu Noraidiah, Cikgu Yati, Ustazah Laili dan Cikgu Karmila

Sir Azhar dan Cikgu Nazrul sedang memahami lirik lagu
 "Biar Aku Menjadi Lilin" sambil tersenyum

Nyanyian Lagu "Biar Aku Menjadi Lilin" daripada guru-guru SMA
membuka tirai Sambutan Hari Guru peringkat SMA MAIWP Labuan

walaupun ada yang baru  mendengar tajuk lagu "Biar Aku Menjadi Lilin",
 namun semangat menyanyikan lagu tersebut tetap ada.

Deklamasi Sajak daripada Cikgu Karmila yang bertajuk "Aku Seorang Guru"

Cikgu Azriana Haryani dan cikgu Mariana menyampaikan serangkap pantun
"Selendang suri corak beragi,
Manik Menghiasi cantik sulamnya,
Guru bistari iltizamnya tinggi,
Penuh Dedikasi melaksanakan tugasnya."
Persembahan daripada pelajar
Tingkatan 2 Al-Biruni

Penerima Guru Inovatif : Sir Muhd Azhar bin Hammis

Persembahan daripada pelajar tingkatan
 3 Al-Khawarizmi

Penerima Guru Paling Ceria : Ustaz Abdul Fattah bin Abdul Hafiz

Persemabahan daripada pelajar tingkatan
 3 Al-Farabi

Mohd Rizal bin Sabri mewakili pelajar 3 Al-Farabi menyampaikan
 Kad Ucapan kepada Tuan Pengetua

Penerima Guru Kreatif : Cikgu Amansa bin Hamming

Persembahan pelajar tingkatan
3 Al-Biruni

Penerima Guru Aktif : Cikgu Mariana bin Abdul Kaya

Persembahan daripada pelajar
Tingkatan 1 Al-Biruni
Persembahan pelajar tingakatan 1 Al-Farabi

Persembahan pelajar perempuan daripada
 tingkatan 1Al-Farabi

Persembahan Khas daripada pelajar-pelajar Lelaki tingkatan 3,
merekalah  generasi pertama yang bersama SMA MAIWPL
Sambutan Hari Guru 2013, menutupkan tirainya
dengan majlis pemotongan kek sumbangan daripada
para pelajar dan Jawatankuasa Kebajikan Guru

 TERIMA KASIH CIKGU , GURU MALAYSIA 1 ASPIRASI 1 AGENDA

0 comments:

Post a Comment

 

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan Copyright © 2013 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts