Image Slider

Hubungi SMA MAIWPL Cemerlang Fokus Cergas Berilmu Cekap

Thursday 6 June 2013

LAWATAN KERJA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (KPE) MAIWP KE SMA MAIWPL

Posted by Unknown at 03:29


           SMA MAIWPL telah menerima kunjungan hormat  daripada Y.Bhg Tuan Hj. Zainal Abidin bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), MAIWP pada 7 Jun 2012. Ini merupakan lawatan pertama kali di SMA MAIWPL semenjak Y.Bhg Tuan Hj. Zainal Abidin bin Jaffar memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, MAIWP pada awal Januari 2013 yang lalu. Rombongan lawatan kerja ini turut dihadiri oleh Pengurus, Timbalan Pengurus serta pegawai-pegawai MAIWP Cawangan Labuan dan turut hadir bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan dan beberapa pegawai-pegawai Bahagian Pelajaran, JAWI Labuan. Warga SMA MAIWPL merasa bertuah kerana diberi peluang dan penghormatan di atas kunjungan hormat ini. Tujuan utama kedatangan KPE ke SMA MAIWPL adalah untuk bersuai kenal dengan semua warga kerja SMA MAIWPL serta mengenalpasti segala permasalahan yang berlaku di SMA MAIWPL selama ini untuk tindakan sewajarnya.




        Pihak pengurusan SMA MAIWPL  telah berkesempatan untuk memberi taklimat ringkas dan mengadakan perbincangan serta sekaligus melancarkan laman sesawang SMA MAIWPL secara rasminya. Secara simboliknya perasmian laman sesawang SMA MAIWPL ini akan menjadi mercu tanda permulaan bagi SMA MAIWPL ke arah memacu teknologi maklumat ICT secara berterusan dan menyeluruh dalam semua aspek penyebaran maklumat dan perkongsian maklumat pintar kepada semua pelajar termasuk ibu/bapa dan penjaga pelajar.

         Sebelum itu KPE, MAIWP serta rombongan daripada MAIWP dan JAWI Labuan, telah diadakan satu lawatan rasmi ke tapak cadangan lokasi  bangunan kekal SMA MAIWPL yang terletak di Sg. Buton. Mudah-mudahan dengan lawatan tersebut menjadi satu  titik permulaan bagi SMA MAIWPL memiliki kompleks pendidikannya sendiri.



       Di akhir lawatan tersebut, pihak pengurusan SMA MAIWPL merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPE, MAIWP serta rombongannya di atas kesudian mengadakan lawatan kerja rasmi ke SMA MAIWPL.

0 comments:

Post a Comment

 

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan Copyright © 2013 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts