Image Slider

Hubungi SMA MAIWPL Cemerlang Fokus Cergas Berilmu Cekap

Monday 3 June 2013

KARNIVAL KESENIAAN ISLAM

Posted by Unknown at 18:09

       Majlis penutupan Karnival Kesenian Islam, dengan tema "Kesenian Berlandaskan Islam yang Syumul" telah diadakan di Dataran SMA MAIWPL pada 23 Mei 2013, jam 8.00 malam. Karnival ini dapat  mendedahkan kepada pelajar bahawa melalui muzik nasyid juga kita bole berhibur. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis penutupan Karnival Kesenian Islam ini adalah persembahan nasyid, persembahan pemenang minggu bahasa dan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan Tulisan Seni Khat.


Ucapan penutupan Ustaz Mohd Hasnizan bin Hasin,
selaku Pengetua SMA MAIWPL

Kumpulan Nasyid jemputan, De' Ghazwan dari Universiti Malaysia Sabah

Kumpulan De'Ghazwan, yang terdiri daripada,
saudara Mohd Shahfieq b Sabdin, Ahmad Badri b Nordin
dan Mohd Syahidiyanto b. Sukiman mendendangkan 3 buah lagu untuk
 menghiburkan warga SMA MAIWPL

Persembahan Coral Speaking dari Tingkatan 3 Al- Farabi,
  Johan sempena Minggu Bahasa Inggeris

Persembahan nasyid, dari SMA MAIWPL
yang terdiri dari 7 orang pelajar

Mohd Omar, Alif Izzat dan Danish Haikal
merupakan tulang belakang kepada kumpulan nasyid SMA MAIWPL


Saudari Bibi Idayu tingakatan 3 Al-Biruni,
Pemenang bagi Pertandingan Tulisan Seni Khat
sempena Karnival Kesenian Islam 2013

Senyuman pelajar-pelajar aspuri yang menjadi johan pertandingan coral speaking.

pelajar terhibur dengan persembahan yang disampaikan oleh
kumpulan De' Ghazwan

antara wajah-wajah pelajar SMA MAIWPL

Pelajar aspuri, berbaris mengambil minum malam
setelah selesai majlis penutupan Karnival Kesenian Islam 2013

"Songket biru tampak berseri
Teruna hendak buat arjuna
Tersilap bicara harap dimaafi
Ketemu lagi di lain acara"









0 comments:

Post a Comment

 

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan Copyright © 2013 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts