Image Slider

Hubungi SMA MAIWPL Cemerlang Fokus Cergas Berilmu Cekap

Monday 3 June 2013

OPERASI CEGAH JEGALA SOSIAL

Posted by Unknown at 17:22

Unit Hal Ehwal Guru (HEM), SMA MAIWPL telah menganjurkan satu Program Operasi Cegah Gejala Sosial kepada semua pelajar SMA MAIWPL. Program ini telah diadakan pada 21 Mei 2013 bertempat di Dewan Utama SMA MAIWPL.


Program Operasi Cegah Gejala Sosial ini mendapat kerjasama daripada Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Dua penceramah khas dijemput daripada LPPKN iaitu Encik Mohd Khairi bin Nasir (Pegawai Penerangan LPPKN) dan Puan Ratna Sapura bt Kamal Shaari (Kaunselor LPPKN)


Objektif utama program ini diadakan untuk memberi pengalaman serta perkongsian pintar segala permasalahan yang berkaitan dengan isu-isu semasa yang melanda kepada anak muda mudi sekarang dan bagaimana untuk menghadapi dan menangani permasalahan tersebut.


Penceramah memberi penekanan mengenai konflik remaja termasuklah gangsterisme, vandalisme, pembuangan bayi, ponteng sekolah, merempit, terikut budaya barat dan sebagainya dan memperincikan pembinaan jati diri yang positif yang perlu wujud dalam masyarakat sekarang.


Program ini amat bermakna kepada semua warga SMA MAIWPL dan memberi pengetahuan yang berguna untuk menguatkan jati diri bagi mengahrungi kehidupan di alam remaja. Program ini berakhir pada jam 5.00 petang.

Puan Ratna sedang melakonkan watak sebagai seorang kekasih 
 bersama salah seorang pelajar SMA MAIWPL
pelajar kelihatan terhibur dengan cara penyampaian yang disampaikan
 oleh penceramah jemputan yang di datangkan khas daripada LPPKN.

Pengetua SMA MAIWPL menyampaikan sijil cenderahati
 kepada Encik Mohd Khairi bin Nasir
 (Pegawai Penerangan LPPKN)


Diucapkan ribuan terima kasih kepada wakil daripada LPPKN yang datang memberi ceramah berkaitan gejala sosial kepada pelajar-pelajar SMA MAIWPL, diharapkan pihak LPPKN sudi datang lagi ke sekolah SMA MAIWPL.








0 comments:

Post a Comment

 

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan Copyright © 2013 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts