Image Slider

Hubungi SMA MAIWPL Cemerlang Fokus Cergas Berilmu Cekap

Sunday, 12 May 2013

SMA MAIWPL MENJUARAI MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Posted by SMA MAIWPL at 23:47

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 30 April 2013 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan. Program ini telah dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan. Objektif utama program ini diwujudkan adalah untuk mencari calon-calon yang berkelayakkan bagi mewakili W.P Labuan di  Majlis Tadarus Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan nanti.




Ini merupakan tahun kedua SMA MAIWPL menyertai program ini. SMA MAIWPL menyertai dalam semua acara yang dipertandingkan. SMA MAIWPL telah mendapat tempat pertama (Johan) dalam 4 acara daripada 6 acara yang dipertandingkan. Antara acara yang di menangi oleh SMA MAIWPL seperti berikut; 

Johan Tilawah Al-Quran (Lelaki)
Johan Tilawah Al-Quran (Perempuan)
Johan Hafazan (Lelaki)
Johan Hafazan (Perempuan)




SMA MAIWPL turut melakar sejarah baru dengan menjadi JOHAN Keseluruhan Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Labuan pada kali ini. 4 pelajar SMA MAIWPL juga turut terpilih untuk mewakili W.P Labuan di peringkat Kebangsaan nanti. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua peserta SMA MAIWPL.

0 comments:

Post a Comment

 

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan Copyright © 2013 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts