Image Slider

Hubungi SMA MAIWPL Cemerlang Fokus Cergas Berilmu Cekap

Monday 11 March 2013

AURA MAGIKAL UMMAH

Posted by Unknown at 02:01

Semua pelajar SMA MAIWPL telah dijemput khas oleh pihak Pengurusan Kolej Matrikulasi Labuan (KML) untuk mengikuti Program Aura Magikal Ummah yang berlangsung dengan meriahnya pada 3 Mac 2013 yang lalu. Program tersebut dihadiri oleh Pengetua  dan beberapa orang guru serta kakitangan SMA MAIWPL. Kehangatan program tersebut teserlah dengan kehadiran Imam Muda Najdi (Siri Kedua), Mr Bee (You Tube) dan  Haris Fitri (bekas vokalis kumpulan Nasyid U.N.I.C). Program tersebut juga telah mengumumkan bahawa SMA MAIWPL berjaya menjuarai Kejohanan Bola Jaring Peringkat Sekolah- Sekolah Menengah di Labuan dan menggondol tempat Ke-3 Kejohanan Bola Jaring Kolej Terbuka Matrikulasi Labuan. Tahniah dan syabas kepada semua pemain bola jaring SMA MAIWPL.

0 comments:

Post a Comment

 

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan Copyright © 2013 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts