Jawatankuasa Pengurusan Asrama SMA MAIWPL telah menganjurkan Hari Sukaneka ASPURA & ASPURI SMA MAIWPL 2013 pada 1 Mei 2013 bertempat di Taman Damai, Pantai Layang-Layangan, Labuan.
Semua pelajar ASPURA & ASPURI telah mengambil bahagian dalam Hari Sukaneka ini. Program ini turut dijayakan oleh beberapa orang guru dan kakitangan SMA MAIWPL.
Program Hari Sukaneka ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Jawatankuasa Khas Pelajar Asrama sendiri. Banyak acara telah dipertandingkan.
Antara acaranya yang dipertandingkan seperti lari berpasangan ikat kaki, terompah gergasi, pancing botol, bowling buah kelapa, makan sandwich, mereka pakaian kreatif, tiupan belon, mencari gula dalam tepung, balingan selamatkan telur dan acara straw & getah.
Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah bertujuan mengeratkan semangat kerjasama dan jalinan ukhwah persaudaraan antara pelajar-pelajar SMA MAIWPL. Seterusnya memupuk semangat berdikasi dan cara kehidupan bersosial yang sebenar selaras dengan tuntutan agama.
Di akhir program ini semua peserta yang berjaya telah diberi hadiah berbentuk hamper. Hadiah ini disampaikan oleh Warden ASPURA, Guru Penolong Kanan (Kokurikulum) dan Pengetua. Program penutupan telah dirasmikan oleh Pengetua SMA MAIWPL.
Warna Warni Hari Sukaneka ASPURA & ASPURI SMA MAIWPL 2013
aktiviti dimulakan dengan senamrobik pagi
salah seorang ahli kumpulan sedang meniup belon sehingga pecah
di hadapan ajk
Peserta pertandingan Ratu Surat Khabar, sedang berjalan mengayakan
fesyen yang mereka gayakan.
Salah satu ahli kumpulan yang melakukan baling kelapa
bagi pertandingan boling padang.
Para peserta perempuan bersedia untuk memancing botol yang telah disediakan
para peserta sedang bertungkus lumus dalam acara "Terompah Gergasi"
Para pelajar sedang berjalan seiring sambil kaki diikat
ke garisan penamat.
Acara pijak belon dikalangan wakil kumpulan lelaki
Acara yang terakhir, adalah acara pijak belon, antara wakil perempuan
Sesi penyampaian hadian, untuk semua kumpulan